عَلَيْهِ وَسَلَّمَ یَقُوْلُ : (( مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَ ا
أَهْلَكَ الَّذِیْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ آَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ )) رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang
aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang
terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka
terhadap Nabi-nabi mereka. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Kandungan Hadis :
1) Sebab Hadis - Khutbah Nabi (difardhu Haji ) - penyoal Aqro’ bin Haabis.
2) Jauhi Larangan :
i) sebab haram - dapat pahala/ buat dapat dosa.
ii) sebab makruh - dapat pahala / buat tak berdosa.
3) Buat apa yang disuruh :
i) wajib - dapat pahala/ tinggal dapat dosa.
ii) sunat - dapat pahala/ tinggal tak berdosa.
4) Larangan banyak bertanya :
perkara yang tidak dijelaskan oleh syara’.
pada perkara yang tidak mendatangkan faedah/ tidak dihajati.
pertanyaan berbentuk mempersendakan/ menghina.
masaalah yang tidak berlaku.

Penjelasan hadis:
Seorang mukmin mestilah menjauhkan sama sekali semua larangan Rasulullah SAW kerana apa yang
dilarang oleh Baginda pada hakikatnya adalah larangan Allah SWT yang wajib dipatuhi.
Seterusnya dia mestilah melaksanakan segala ajaran Baginda Rasulullah SAW sekadar yangrmampu, tanpa memaksa diri dan keterlaluan di luar kemampuan .

Perintah yang disuruh melakukan sekadar terdaya ialah perintah yang sunat. Perintah wajib atau fardhu
mestilah dilakukan tanpa kelonggaran kecuali kelonggaran yang diizinkan syara' iaitu kerana uzur atau
sakit.
Sifat terlalu suka bertanya perkara yang bukan-bukan, berbahas, banyak soal jawab dan membantah
para Nabi dan Rasul adalah perangai umat yang terdahulu. Lantaran itu, mereka telah ditimpa
kesusahan dan keibnasaan. Umat Muhammad SAW diberi peringatan agar jangan mengulangi
kesilapan ini

Posting Komentar